Social Icons

Mengenai Kami

Sekolah ini dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Melayu Laki-laki Yan. Pada Tahun 1973 sekolah ini digabungkan dengan Sekolah Perempuan Yan. Nama sekolah ini telah bertukar beberapa kali daripada Sekolah Melayu Yan kepada Sekolah Kebangsaan Yan. Pada tahun 1982 sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam. Nama sekolah ini diambil sempena seorang tokoh yang dikenali dan dihormati di Daerah Yan. Beliau adalah Tuan Haji Nyak Gam, iaitu Wakil Rakyat pertama sejak merdeka di kawasan ini. Sekolah ini juga merupakan sekolah tertua di Daerah Yan. Sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh pemimpin, cendekiawan dan ahli korporat yang berkaliber di segenap peringkat seperti Dato' Seri Haji Sanusi Junid ( mantan Menteri Besar Kedah ), Dato' Dr. Abdullah Hasbi Hj. Hassan, Dato' Hanafiah b. Hussin, Dato' Mohd Amin b. Osman ( mantan Timbalan Ketua Polis Negara ) dan ramai lagi individu yang berkaliber yang dilahirkan dari sekolah ini. Asalnya nama sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Melayu Yan yang diasaskan pada tahun 1911 bersamaan 1320H. Tapak asal terletak ditepi Sungai Pekan Yan. Bangunannya terletak separuh di dalam air dan separuh lagi di atas darat.
Guru besar yang pertama ialah En. Harun b. Ahmad. Pada waktu itu beliau hanya dibantu oleh empat orang guru sahaja. Apabila kerajaan membina jambatan ( yang ada sekarang ini ), sekolah ini telah berpindah ke tapak baru di Jalan Masjid atas tanah kerajaan, kemudian dipindahkan ke tapak sekolah yang ada sekarang. Bangunannya berbentuk "T" dan dikenali sebagai Sekolah Laki-laki Yan. Guru Besar pertamanya bernama Cikgu Hashim dan mendapat gelaran "Pak Hashim Harimau Akar" kerana kebengisan dan kegarangannya.

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates