Social Icons

Featured Posts

.
Hasil carian imej untuk tulisan assalamualaikum

Selamat Datang Ke Laman Interaktif SK Hj Nyak Gam...moga bermanfaat kepada kita semua

Bismillahirrahmaanirrahim...alhamdulillah dan salam sejahtera kepada semua warga SK Hj. Nyak Gam pada kesempatan ini saya merafakan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T dan merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan serta membina weblog SK Hj. Nyak Gam terutamanya kepada blogger di SK Hj. Nyak Gam serta Guru ICT yang berusaha membina weblog SK Hj. Nyak Gam, sesungguhnya jika tidak disertakan dengan usaha yang sungguh serta minat yang mendalam sesuatu itu tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, dengan terbinanya weblog ini SK Hj. Nyak Gam bergerak maju setapak ke hadapan dalam penggunaan teknologi ICT berbanding sekolah-sekolah lain di Daerah Yan yang belum mempunyai weblog, kerana dengan adanya weblog ini nama SK Hj. Nyak Gam boleh dikenali diseluruh dunia amnya dan diseluruh Malaysia khususnya dan ini akan memberikan suatu fenomena baru dalam perkembangan SK Hj. Nyak Gam bahkan dengan adanya weblog ini semua pengguna internet di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khususnya dapat mengenali SK Hj. Nyak Gam dimana sebelum ini sekolah ini hanya dikenali di sekitar Daerah Yan sahaja, sesuai dengan visi sekolah " SK Haji Nyak Gam menjadi "Number One" dalam Daerah Yan 2010" sesungguhnya menjadi hasrat seluruh warga sekolah ini untuk merealisasikan SK Haji Nyak Gam sebagai sebuah sekolah yang cemerlang samada dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum serta melahirkan murid yang mantap akhlak dan akademiknya selaras dengan tuntutan agama sebagaimana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Selain dari itu dengan terbinanya weblog ini juga selaras dengan kehendak kerajaan untuk merapatkan jurang diantara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar selain itu ia juga selaras dengan perkembangan IT dalam menongkah arus globalisasi dan ia juga sebagai satu wadah ke arah kecemerlangan SK Haji Nyak Gam pada masa akan datang. Saya sekali lagi merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung yang berusaha dengan bersungguh-sungguh membina weblog ini. Sekian, terima kasih.






 
Blogger Templates